- Masyarakat majmuk di negara ini wujud apabila berlakunya kemasukan kaum Cina dan India dari luar alam Melayu. Generasi awal mereka telah berhijrah ke negara ini daripada negara asal masing-masing adalah untuk memulakan kehidupan baharu di sini. Sebahagian besar mereka datang dengan tujuan untuk mencari rezeki dan mengumpul kekayaan sebagai bekalan setelah mereka kembali semula ke negara asal mereka.
- Kedatangan kaum imigran Cina dan India ini telah bermula sejak abad keempat belas lagi iaitu sekitar tahun 1349. Kedatangan mereka bermula dengan kehadiran sami-sami Buddha dan kemudiannya barulah diikuti oleh pedagang-pedangang untuk berdagang.Meskipun begitu, kedatangan Inggeris yang berjaya menawan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 telah mengubah senario penghijrahan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Pada waktu ini kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India secara besar-besaran kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk menampung keperluan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam industri bijih timah dan getah .
- Kemasukan imigran-imigran dari China, India, dan dari kepulauan sekitar Tanah Melayu telah menjadi titik tolak kepada bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini. Pengaruh imigran-imigran ini di Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu pada ketika itu.
- Kedatangan golongan imigran ini ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu konsep masyarakat yang baharu, iaitu konsep masyarkat majmuk hasil dari wujudnya kepelbagaian budaya mereka yang seterusnya diasimilasikan ke dalam sistem sosial di Tanah Melayu.Selain kepesatan ekonomi, syarat kemasukan yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang kepada kehadiran imigran Cina dan India secara besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka.
Rujukan : http://abangasyraff.blogspot.my/2014/04/sejarah-kewujudan-masyarakat-majmuk-di.html
No comments:
Post a Comment