Sunday, 20 November 2016

Cuba huraikan apakah masyarakat majmuk?

  • Masyarakat majmuk adalah menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
  • Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum.
  • Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
  • Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman.
  • Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
  • Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.

                     

                             Related image   
           




         Rujukan: http://natranadea.blogspot.my/2010/08/masyarakat-majmuk.html

No comments:

Post a Comment