Sunday 27 November 2016

Apakah pengetahuan dan iktibar/ pembelajaran yang anda perolehi daripada peristiwa kewujudan masyarakat majmuk di tanah Melayu.?




Image result for harapan negara daripada peristiwa sejarah perpaduan



  • Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat tanpa mengira latar belakang negeri, kaum atau bangsa.
  • Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh halyang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
  • keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita.  Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman  luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.
  • Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor  utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.Berdasarkan peristiwa  13 Mei 1969  kita wajar  memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
  • Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .  



                                 Image result for ikhtibar negara daripada peristiwa sejarah 
                              Image result for ikhtibar negara daripada peristiwa sejarah





              : http://cikgurazak.blogspot.my/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.html

Terangkan apakah harapan Negara daripada peristiwa sejarah ini (kewujudan masyarakat majmuk ) di tanah air kita.




                                  Image result for harapan negara daripada peristiwa sejarah

  • Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan.
  •  Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yangtelah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya. 
  • politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.
  •  Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi  mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.                                                        


           Image result for harapan negara






rujukan.: Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur
 Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sunday 20 November 2016

Apakah contoh cabaran yang dihadapi yang menyebabkan perpaduan masyarakat majmuk sukar dicapai pada peringkat awal semasa kedatangan british ?




Related image





                                Related image
  • Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah yang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan.
  • Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
  • Penjajahan Inggeris telah membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah Melayu dalam sektor perlombongan dan getah.Buruh cina datang ke Tanah Melayu melalui sistem Kontrak manakala Buruh India melalui sistem Kangani.Namun,menjadi cabaran yang rumit untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum,agama,bahasa,adat resam dan nilai hidup.Perpaduan kaum di Tanah Melayu menjadi perkara yang semakin rumit dengan dasar penjajah dan Peristiwa 13 Mei adalah kemuncak konflik antara kaum Melayu dan Cina.Faktor-faktor penghalang perpaduan kaum dan integrasi nasional sebelum tahun 1957 sehingga 1969 dibahagikan kepada tiga iaitu politik.,ekonomi, dan sosial.        
  •    Pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan menyebabkan jurang perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan kemasukan buruh asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak British secara tidak langsung telah mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada zaman penjajahan British, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik.                                                                                            
  •  Etnik Melayu tertumpu di kawasan kampung-kampung dan bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, pertukangan dan sebagainya.
  • Etnik Cina tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan lombong, melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan sebagainya.
  • Etnik India tertumpu di kawasan estet dan lading-ladang. Bekerja sebagai penoreh, buruh binaan dan sebagainya.Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. 
  •                                                                                                                        Rujukan :
  • http://documents.tips/documents/faktor-penghalang-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional.html
  • http://joehoze.blogspot.my/2011/10/hubungan-etnik-di-malaysia.html


Huraikan bagaimanakah masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu ?


Related image

Image result for bagaimana masyarakat majmuk wujud di tanah melayu
  • Masyarakat majmuk di negara ini wujud apabila berlakunya kemasukan kaum Cina dan India dari luar alam Melayu. Generasi awal mereka telah berhijrah ke negara ini daripada negara asal masing-masing adalah untuk memulakan kehidupan baharu di sini. Sebahagian besar mereka datang dengan tujuan untuk mencari rezeki dan mengumpul kekayaan sebagai bekalan setelah mereka kembali semula ke negara asal mereka. 
  • Kedatangan kaum imigran Cina dan India ini telah bermula sejak abad keempat belas lagi iaitu sekitar tahun 1349. Kedatangan mereka bermula dengan kehadiran sami-sami Buddha dan kemudiannya barulah diikuti oleh pedagang-pedangang untuk berdagang.Meskipun begitu, kedatangan Inggeris yang berjaya menawan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 telah mengubah senario penghijrahan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Pada waktu ini kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India secara besar-besaran kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk menampung keperluan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam industri bijih timah dan getah .
  • Kemasukan imigran-imigran dari China, India, dan dari  kepulauan sekitar Tanah Melayu telah menjadi titik tolak kepada bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini. Pengaruh imigran-imigran ini di Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu pada ketika itu.
  • Kedatangan golongan imigran ini ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu konsep masyarakat yang baharu, iaitu konsep masyarkat majmuk hasil dari wujudnya kepelbagaian budaya mereka yang seterusnya diasimilasikan ke dalam sistem sosial di Tanah Melayu.Selain kepesatan ekonomi, syarat kemasukan yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang kepada kehadiran imigran Cina dan India secara besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka.











Rujukan  : http://abangasyraff.blogspot.my/2014/04/sejarah-kewujudan-masyarakat-majmuk-di.html

Cuba huraikan apakah masyarakat majmuk?

  • Masyarakat majmuk adalah menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
  • Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum.
  • Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
  • Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman.
  • Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
  • Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.

                     

                             Related image   
           




         Rujukan: http://natranadea.blogspot.my/2010/08/masyarakat-majmuk.html

Sunday 13 November 2016

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS(CLO)

Diakhir kursus ini,para pelajaran akan dapat:


  1. Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan nengara,insititusi pemerintahan,pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malyasia.
  2. Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negara,insititusi pemerintahan ,pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
  3. Menghuraikan dengan tepat fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negara, insititusi pemerintahan ,pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
  4. Merumuskankan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.